Bermula April 2012 satu lawatan akan diadakan di sekolah-sekolah di Seremban dimana pihak pentadbiraan Kolej Teknologi Alpha akan mengadakan lawatan untuk bertemu dengan guru besar sekolah. Tujuaan sebenarnya adalah untuk menyampaikan maklumat berkaitan dengan Program Anak Angkat Kolej Teknologi Alpha. Dibawah Program ini kelas tambahan UPSR akan dilaksanakan secara percuma. Kaedah ini dapat membantu pelajar-pelajar yang tidak berkemampuan untuk membayar yuran kelas tambahan di tempat lain. Semua kos pembelajaran akan ditanggung sepenuhnya oleh pihak kolej. Walaubagaimanapun kuota kemasukkan hanya terbuka kepada 300-400 pelajar sahaja setiap tahun. Keutamaan akan diberikan kepada pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan dan berminat penuh didalam memajukan pencapaian akedemik.