twitter
rss

Kolej Teknologi Alpha yang nama asalnya Institut Pujangga telah ditubuhkan pada Mei 1997 di bawah Pujangga Sari (M) Sdn. Bhd. yang telah diperbadankan pada 28hb. April 1997.


Walau bagaimanapun, kelulusan penubuhannya oleh Jabatan Pendidikan Swasta Kementerian Pendidikan Malaysia telah diperolehi pada 23 Jun 1998 (No. Ruj.: KP(JPS)5195/IPTS/976(13).


Nama asalnya ialah Institut Pujangga. Perubahan nama telah dibuat sebanyak dua kali iaitu pada November 2000 (Institut Pengurusan Pujangga) dan pada tahun 2005 (Kolej Teknologi Alpha).


Kolej Teknologi Alpha adalah milik Syarikat Bumiputera (Pujangga Sari [M] Sdn. Bhd) sepenuhnya dan InsyaAllah akan kekal sebagai milik Bumiputera.


Buat masa ini, Alpha College of Technology ditempatkan di Lot 162, 168-173 Jalan S2B3 Green Technology Park, Seremban 2.



-Visi-


Menjadikan Kolej Teknologi Alpha sebagai kolej swasta Malaysia yang tersohor di ASEAN.


-Misi-


Untuk menjadi pusat kecemerlangan yang memberi peluang kepada individu pelajar dan ahli masyarakat memangkinkan produktiviti dan kualiti yang tinggi melalui pendidikan pengurusan menerusi pengajaran, pembelajaran, penyelidikan, dan khidmat masyarakat.

0 comments:

Post a Comment