twitter
rss

Bermula April 2012 satu lawatan akan diadakan di sekolah-sekolah di Seremban dimana pihak pentadbiraan Kolej Teknologi Alpha akan mengadakan lawatan untuk bertemu dengan guru besar sekolah. Tujuaan sebenarnya adalah untuk menyampaikan maklumat  berkaitan dengan Program Anak Angkat Kolej Teknologi Alpha. Dibawah Program ini kelas tambahan UPSR akan dilaksanakan secara percuma. Kaedah ini dapat membantu pelajar-pelajar yang tidak berkemampuan untuk membayar yuran kelas tambahan di tempat lain. Semua kos pembelajaran akan ditanggung sepenuhnya oleh pihak kolej. Walaubagaimanapun kuota kemasukkan hanya terbuka kepada 300-400 pelajar sahaja setiap tahun. Keutamaan akan diberikan kepada pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan dan berminat penuh didalam memajukan pencapaian akedemik.


Tarikh : 14/02/2012

Kepada Ibu bapa dan penjaga,
PENGANUGERAHAN HADIAH KEPUTUSAN UPSR BAGI PROGRAM KELAS TAMBAHAN KOLEJ TEKNOLOGI ALPHA .

Merujuk perkara diatas, pihak Kolej Teknologi Alpha memohon kerjasama tuan / puan untuk menghantar salinan keputusan UPSR yang telah disahkan oleh sekolah bagi anak tuan / puan yang telah mengikuti program kelas tambahan UPSR di Kolej Teknologi Alpha bagi sesi 2011.Tujuan makluman ini adalah untuk memudahkan pihak kolej menyampaikan hadiah sepertimana  yang telah dijanjikan. Hadiah-hadiah akan diberikan seperti berikut. Kerjasama tuan/puan sangat dihargai.
                                    
Pencapaian                                                               Nilai Hadiah
5A                                       RM100.00     4A                                                                           RM50.00
3A                                                                           RM30.00































Merujuk perkara di atas pihak Kolej Teknologi Alpha akan memulakan sesi kelas tambahan pada 12/02/2012 bersamaan hari ahad. Ibu/bapa diminta menghantar pelajar pada pukul 9.00 pagi. Kelas dijalankan seperti biasa dan kelas ditempatkan seperti biasa.
2.         Kelas akan terus bermula pada hari berkenaan dimana pelajar akan terus berada di dalam kelas dan ibu/bapa boleh pulang dan tiada pendaftaran pada hari berkenaan.
3.         Kolej Teknologi Alpha telah menamatkan Program Kem Ibadah untuk pelajar tahun 1,2 dan 3.
4          Sehubungan dengan itu jika terdapat sebarang masalah bolehlah terus menghubungi pejabat Kolej Teknologi Alpha di talian 06-6016483.


Sekian Terima Kasih.

Per:  Kem Ibadah dibatalkan pada 7/8/2011(1) dan 28/8/2011(4).
Dimaklumkan seperti diatas Kelas Ibadah akan dibatalkan  pada hari berikut. Pada minggu ke empat merupakan cuti raya. Kelas bermula selepas raya pada 11/9/2011. Mohon perhatian , Pada 9/10/2011 merupakan kelas terakhir bagi Kem Ibadah dan kelas Tuisyen untuk tahun 2011.
Penyelaras Program.


Per:  Kelas Tuisyen dibatalkan pada 28/8/2011(4).
Dimaklumkan seperti diatas Kelas Tuisyen akan dibatalkan  pada hari berikut. Pada minggu ke empat merupakan cuti raya. Kelas bermula selepas raya pada 11/9/2011. Mohon perhatian , Pada 9/10/2011 merupakan kelas terakhir bagi Kem Ibadah dan kelas Tuisyen untuk tahun 2011. Manakala bagi tahun  6 kelas akan berakhir pada 28/8/2011 bagi memberi laluan kepada pelajar menyiapkan diri untuk hadapi UPSR.
Penyelaras Program.

Kami warga Kolej Teknologi Alpha telah menjalankan tangunggjawab kami terhadap masyarakat setempat dimana telah menyediakan Program Anak Angkat Kolej Teknologi Alpha. Kami telah menyediakan suasana kelas belajar yang selesa dan menyediakan penyaman udara di setiap kelas. Kelas di jalankan setiap hari ahad bermula dari 9 pagi hingga 12 tengah hari untuk pelajar tahun 1 sehingga tahun 6. kami berharap dengan penyediaan kelas ini dapat membantu anak-anak anda berjaya di dalam UPSR.

 

Tahniah diucapkan kepada tenaga pengajar kerana menjalankan amanat yang diberi dan menjayakan Kem Ibadah sepanjang cuti sekolah yang lalu.

Kepada Ibu Bapa kami mengucapkan setinggi terima kasih dengan kepercayaan dan kerjasama yang baik kepada kami dari warga pentadbiran Kolej Teknologi Alpha.